Thursday 27 August 2020

Aisyah Isteri Rasulullah Tercinta

Monday 15 July 2019

Friday 7 December 2018

IMAGINASI - LAGU & LIRIK CIPTAAN JAMILAH DALAM SETIAP MIMPI KAU HADIR MEMBAWA SERIBU CAHAYA MENERANGI MALAMKU YANG KIAN SEPI KADANG TERFIKIR TAK MUNGKIN MAMPU UNTUKKU HIDUP TANPAMU SEGALA KENANGAN TERUS TERSEMAT DI DALAM HATIKU WALAUPUN JAUH KAU KAN TETAP SENTIASA ADA DI IMAGINASI DIRIKU SENTIASA MENEMANIKU SAATKU JATUH CINTA INI KAN KU BAWA SELALU SELAMANYA RINDU INI SEMAKIN MENGUATKAN RASA CINTA KITA BERDUA SELALU KU NANTI HADIRMU DI DEPAN MATAKU SETIAP WAKTU SETIAP SAAT KU RINDUKAN BELAIANMU SELALU KU BERDOA KITA AKHIRNYA DISATUKAN JUA WALAUPUN JAUH KAU KAN TETAP SENTIASA ADA DI IMAGINASI DIRIKU SENTIASA MENEMANIKU SAATKU JATUH CINTA INI KAN KU BAWA SELALU SELAMANYA WALAU BADAI DAN TAUFAN DATANG MENENTANG CINTA BERJANJILAH KITA KAN TERUS MENJAGA CINTA INI WALAUPUN JAUH KAU KAN TETAP SENTIASA ADA DI IMAGINASI DIRIKU SENTIASA MENEMANIKU SAATKU JATUH CINTA INI KAN KU BAWA SELALU CINTA INI KAN KU BAWA SELALU SELAMANYA



IMAJINASI - Single lagu dan lirik ciptaan Jamilah sendiri

Mendapat peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi terkemuka, Berklee College of Music di Boston USA memang sesuatu yang diidamkan oleh penggiat seni.

Peluang ini diterima oleh Jamilah Abu Bakar bila Berklee College of Music menawarkan tempat kepada beliau pada awal tahun 2017 dengan biasiswa sebanyak US30,000.00 setahun. Namun biasiswa sebanyak itu belum cukup untuk menampung kos belajar di sana. Alhamdulillah dengan sokongan dan bantuan dari seorang dermawan Jamilah dapat juga melangkah kaki belajar di Semester Pertama di Berklee College of  Music.

Anak Melayu ini terus cemerlang pada semester pertama. Dia berpeluang membuat persembahan Curtain Up


Jamilah menamatkan pelajaran Semester Satu dengan memahat namanya di dalam Berklee College of Music Dean List.

Dengan harapan yang tinggi dia pulang ke tanah air untuk memohon bantuan pelajaran dari JPA, Petronas dan Mara. Kesemua permohonannya ditolak dengan alasan yang hampir serupa dan sudah dijangka. Anak seni memang selalunya terpinggir. Sesuatu yang dipelajari, jangan percaya janji-janji manis Pak Menteri.

Mujurlah Universiti Pendidikan Sultan Idris menawarkan tempat kepada Jamilah untuk melanjutkan pelajaran di UPSI di bidang Muzik.

Namun di sebalik kesedihan gagal meneruskan pelajaran di Berklee, Jamilah menemui rakan-rakan yang sangat membantu. Di antara mereka adalah Shereen Cheong, Irena Taib, dan Amni Musfirah. Mereka dan rakan-rakan lain bergabung tenaga menghasilkan lagu baru ciptaan Jamilah bernama IMAJINASI. Dengarkanlah.


Semoga percubaan pertama Jamilah mendapat sambutan dari peminat-peminat seni muzik. Sokonglah kami.

Tulisan oleh Abu Bakar Ismail - bapa Jamilah

Wednesday 2 May 2018

Memori Cinta Suci - Single Pertama Jamilah

Lagu baru ciptaan  Bahizal Abu Bakar "Memori Cinta Suci", Single Jamilah Abu Bakar sudah berada di platform muzik digital popular. Beri sokongan dengan senaraikan lagu ini di dalam playlist muzik kegemaran anda. Nantikan muzik video rasmi yang akan bersiaran pada pertengahan Mei 2018 di Youtube


Tuesday 17 April 2018

Budak Baju Biru jadi Viral

Tak sangka video yang dimuat turun tiga tahun dahulu di Youtube tiba-tiba meletup jadi viral. Maka Astro dan RTM memanggil anak-anak permata ini untuk membuat persembahan. Tuah ayam nampak di kaki...

https://youtu.be/wERntAvq8_g